Monday, June 2, 2014




       


 
PENERANGAN LOGO SEKOLAH

Bentuk bulat melambangkan semangat setia kawan (espirit de corps), persefahaman dan perpaduan.

Obor - melambangkan semangat yang tidak kunjung padam dalam berusaha mengejar matlamat atau cita-cita.

Buku - melambangkan gedung ilmu yang sentiasa wujud dan patut dituntut pada bila-bila masa agar menjadi insan yang berilmu

Puncak -  melambangkan matlamat yang dituju iaitu menjadi warganegara Malaysia yang taat setia kepada Negara dan beramal dengan ilmu yang diperolehi.

Pokok Kayu Ara melambangkan sejarah tempatan serta kesuburan tanah bagi tujuan kehidupan dan pertanian.  Ia juga melambangkan budaya positif.

Berusaha, Berilmu, Beramal
     Berusaha  -  dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
     Berilmu     -  bersungguh-sungguh mencari ilmu pengetahuan.
     Beramal    -  menggunakan ilmu pengetahuan untuk dunia dan akhirat.

Warna;
     Hijau         -  lambang dan konsep pertanian.  Hijau muda dan hijau tua membawa erti mengejar ilmu pengetahuan tanpa had umur, dari buaian hingga ke liang lahad.
     Putih         -  kesucian dan keluhuran.
     Merah       -  pada obor semangat yang bersemarak, berani untuk menghadapi sebarang rintangan atau cabaran.

Jangka dan roda :
     Jangka     -  melambangkan kemajuan teknologi yang harus dicapai  dan mata pelajaran yang diajar.
     Roda        -  lima gigi pertama melambangkan 5 Rukun Islam dan Rukun Negara.  Tiga lagi gigi merujuk kepada guru, pelajar dan ibu bapa yang seharusnya bekerjasama.

No comments:

Post a Comment