![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjv2NhM2xGSG17OfsmmP_cOwPmIEu7NG_phsv_IrAINcjrFnFKIpyiTdageYQ8t_1PbqozdBduwqulP8DUOY6cjnv_ANlcPYawGXvpvKKvOfSvGcerCwV0P8zBMp2dpoE-aubK3rVb-bNQ/s200/TS25.jpg)
PENERANGAN LOGO SEKOLAH
Bentuk bulat -
melambangkan semangat setia kawan
(espirit de corps), persefahaman dan perpaduan.
Obor -
melambangkan semangat yang tidak
kunjung padam dalam berusaha mengejar matlamat atau cita-cita.
Buku - melambangkan gedung ilmu yang sentiasa
wujud dan patut dituntut pada bila-bila masa agar menjadi insan yang berilmu
Puncak -
melambangkan matlamat yang dituju iaitu
menjadi warganegara Malaysia yang taat setia kepada Negara dan beramal dengan
ilmu yang diperolehi.
Pokok Kayu Ara -
melambangkan sejarah tempatan serta
kesuburan tanah bagi tujuan kehidupan dan pertanian. Ia juga melambangkan budaya positif.
Berusaha, Berilmu, Beramal
Berusaha -
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Berilmu -
bersungguh-sungguh mencari ilmu pengetahuan.
Beramal -
menggunakan ilmu pengetahuan untuk dunia dan akhirat.
Warna;
Hijau
- lambang dan konsep pertanian. Hijau muda dan hijau tua membawa erti
mengejar ilmu pengetahuan tanpa had umur, dari buaian hingga ke liang lahad.
Putih -
kesucian dan keluhuran.
Merah
- pada obor semangat yang
bersemarak, berani untuk menghadapi sebarang rintangan atau cabaran.
Jangka dan roda :
Jangka
- melambangkan kemajuan teknologi
yang harus dicapai dan mata pelajaran
yang diajar.
Roda
- lima gigi pertama melambangkan
5 Rukun Islam dan Rukun Negara. Tiga
lagi gigi merujuk kepada guru, pelajar dan ibu bapa yang seharusnya
bekerjasama.